Ramai dalam kalangan penjawat awam masih kurang mengetahui bahawa kemudahan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bukan sahaja terhad kepada pembelian rumah baharu, malah turut boleh digunakan untuk tujuan pengubahsuaian rumah jenis landed.
Sekiranya anda telah memiliki rumah sendiri dan merancang untuk menaik taraf ruang seperti dapur, bilik tidur, atau melakukan ubah suai menyeluruh terhadap rumah sedia ada, panduan ini akan membantu anda memahami proses permohonan pinjaman LPPSA bagi tujuan ubah suai rumah — langkah demi langkah. Dalam artikel ini, kami tunjukkan cara mudah dan step-by-step untuk mohon LPPSA bagi tujuan ubahsuai rumah
✅ SYARAT-SYARAT ASAS UNTUK UBAHSUAI RUMAH DENGAN LPPSA
Sebelum anda mula mohon, pastikan anda memenuhi syarat berikut:
- Kakitangan kerajaan berjawatan tetap. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Rumah Kediaman pertama mestilah dibeli melalui Pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumhan Sektor Awam (LPPSA) (Dulu BPP) .
- Rumah mesti jenis landed, bukan rumah strata (apartmen/kondominium)
- Pinjaman ubahsuai hanya dibenarkan sekiranya melibatkan penambahan keluasan bangunan.
- Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan.
- Geran Status mesti adalah individual title.
- Bukan seorang siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemanpuan @ sedang dalam tindakan tatatertib.
🧾 DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN
Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen berikut sebagai sebahagian daripada keperluan permohonan:
-
Salinan Kad Pengenalan
-
Slip gaji 3 bulan terkini
-
Surat pengesahan jawatan
-
Salinan hak milik rumah / geran
-
Pelan ubahsuai (jika perlu, lulus PBT)
-
Sebut harga kerja ubahsuai dari kontraktor berdaftar
-
Gambar rumah sedia ada (untuk rujukan LPPSA)
🛠️ LANGKAH DEMI LANGKAH MOHON LPPSA UNTUK UBAHSUAI RUMAH
Langkah 1: Dapatkan Sebut Harga & Pelan Ubahsuai
-
Cari kontraktor berdaftar (dengan CIDB & SSM)
-
Dapatkan quotation rasmi
-
Jika perlu, sediakan pelan ubahsuai daripada arkitek atau pelukis pelan berdaftar
-
Semak sama ada perlu kelulusan PBT (bergantung kepada jenis ubahsuai)
Langkah 2: Semak Kelayakan Pinjaman
-
Layari laman rasmi LPPSA: https://www.lppsa.gov.my
-
Guna kalkulator kelayakan pinjaman untuk anggaran jumlah yang boleh dimohon
Langkah 3: Sediakan Dokumen & Daftar Akaun LPPSA
-
Imbas dokumen penting dalam format PDF
-
Daftar akaun di portal LPPSA Online
-
Pilih jenis pinjaman: Pengubahsuaian Rumah
Langkah 4: Isi Borang & Muat Naik Dokumen
-
Isi semua maklumat yang diminta
-
Pastikan dokumen yang dimuat naik jelas dan lengkap
-
Hantar permohonan untuk semakan
Langkah 5: Tunggu Proses Kelulusan
-
LPPSA akan semak kelayakan dan dokumen
-
Jika lulus, anda akan terima surat tawaran pembiayaan
-
Dana akan dibayar mengikut kemajuan kerja ubahsuai (berperingkat)
💡 TIPS TAMBAHAN
-
Gunakan kontraktor berdaftar dan berpengalaman dalam projek LPPSA
-
Jangan mulakan kerja ubahsuai sebelum permohonan diluluskan
-
Pastikan segala dokumen berkaitan disediakan dan dikemas kini dengan teratur
————————-
Kami memahami bahawa proses permohonan pinjaman LPPSA bagi tujuan pengubahsuaian rumah boleh menjadi agak kompleks dan memakan masa. Oleh itu, kami sedia membantu menguruskan keseluruhan proses bagi pihak anda – bermula daripada semakan dokumen, penyediaan pelan ubahsuai, hinggalah kepada penghantaran permohonan kepada pihak LPPSA. Anda hanya perlu menunggu kelulusan.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memerlukan bantuan penuh daripada pihak kami, sila hubungi kami hari ini. Kami sedia membantu menjimatkan masa dan memudahkan urusan anda.
📞 Hubungi Kami:
📍 WhatsApp: 012-336 2939
📧 Emel: info@hpsetia.com.my
🌐 Laman Web: www.hpsetia.com.my