Untuk maklumat lanjut sila call kami : 012-336 8939 / 06-633 3188

Soalan Lazim

Mengenai Pembiayaan LPPSA

- Apakah itu Pembiayaan LPPSA?

Pembiayaan LPPSA adalah pinjaman yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam untuk membantu penjawat awam di Malaysia dalam membiayai pembelian, pembinaan, atau ubahsuai rumah.

- Siapakah yang layak memohon Pembiayaan LPPSA?

Pembiayaan ini khusus untuk penjawat awam di Malaysia. Pemohon harus mempunyai pendapatan tetap dan mendapat kelulusan daripada majikan. Kriteria kelayakan penuh boleh disemak dengan pihak kami 012-336 8939

- Bagaimanakah cara untuk memohon Pembiayaan LPPSA?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau manual. Pemohon perlu mengumpulkan dokumen yang diperlukan dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Arahan langkah demi langkah boleh didapati 012-336 8939

- Adakah perlu lantik kontraktor yang berdaftar?

Ya, wajib guna kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan SSM. Sebutharga dari kontraktor tidak berdaftar tidak akan diterima oleh LPPSA.

- Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?

Dokumen utama termasuk salinan kad pengenalan, slip gaji terkini, dan dokumen yang berkaitan dengan projek ubahsuai. Senarai lengkap boleh diperoleh sila hubungi 012-336 8939

- Adakah pelan ubahsuai dari Majlis (PBT) wajib diluluskan dahulu?

 Ya, pelan ubahsuai perlu diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum permohonan dibuat. Kegagalan mendapat kelulusan akan menyebabkan permohonan ditolak.

- Berapakah kadar faedah untuk pinjaman ini?

Kadar faedah untuk pinjaman LPPSA adalah tetap pada 4% setahun. Informasi lebih lanjut mengenai kadar faedah boleh didapati di laman web LPPSA.

- Apakah tempoh bayaran balik untuk pinjaman ini?

Tempoh bayaran balik adalah fleksibel dan bergantung kepada jumlah pinjaman dan kapasiti bayaran balik pemohon.  Max. tempoh bayaran balik 25 tahun 

- Bolehkah saya memohon pinjaman ini untuk semua jenis kerja ubahsuai?

Ya, pinjaman LPPSA boleh digunakan untuk pelbagai jenis kerja ubahsuai, termasuk pembaharuan besar dan kecil. Pastikan untuk mendapatkan kelulusan projek ubahsuai dari pihak berkenaan.

- Adakah saya perlu mendapatkan kelulusan majikan untuk memohon pinjaman ini?

Ya, pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada majikan mereka sebagai sebahagian daripada syarat kelayakan pinjaman.

- Bagaimana jika saya mempunyai tunggakan bayaran balik pembiayaan?

Anda tidak layak memohon jika mempunyai tunggakan bayaran balik pembiayaan.

- Berapa jumlah maksimum pinjaman untuk ubahsuai rumah?

Jumlah maksimum bergantung kepada baki kelayakan pinjaman anda. LPPSA hanya membenarkan jumlah sebenar kos ubahsuai yang disokong oleh sebutharga rasmi kontraktor.

- Bagaimanakah saya boleh mengira kelayakan pinjaman saya?

Anda boleh menggunakan kalkulator kelayakan pinjaman yang disediakan di laman web LPPSA untuk membuat anggaran kasar tentang kelayakan pinjaman anda. Atau boleh share kami slip gaji untuk kami semakan 012-336 8939

- Boleh tak guna LPPSA untuk renovate rumah pusaka atau rumah beli tunai?

Tidak boleh. LPPSA hanya membenarkan ubahsuai rumah yang dibeli menggunakan loan LPPSA sahaja

- Boleh tak buat permohonan jika rumah belum ada geran?

Tidak boleh. Geran rumah adalah dokumen wajib.

- Boleh buat permohonan jika rumah atas dua nama (suami isteri)?

Boleh, tetapi pastikan kedua-dua pihak bersetuju dan pemohon adalah penjawat awam yang layak.

- Kalau saya dah habis bayar loan LPPSA rumah, boleh mohon untuk ubahsuai?

Boleh, asalkan rumah tersebut memang dibeli melalui LPPSA dan atas nama anda.

- Jika sudah buat pinjaman LPPSA pertama untuk beli rumah, boleh mohon ubahsuai juga?

Ya, boleh jika masih ada baki kelayakan pinjaman. Anda boleh semak di portal LPPSA untuk tahu baki semasa.

- Adakah rumah yang belum siap (under construction) boleh mohon ubahsuai?

Tidak boleh. Permohonan ubahsuai hanya dibenarkan untuk rumah yang telah siap sepenuhnya dan diserahkan kunci, serta telah ada hak milik (geran individu/strata).

- Jika saya beli rumah LPPSA subsale dari penjawat awam lain, boleh ubahsuai guna LPPSA?

Tidak boleh. Rumah tersebut tidak dianggap dibeli melalui LPPSA oleh anda sendiri. Hanya rumah yang anda sendiri beli melalui loan LPPSA yang layak untuk pinjaman ubahsuai.

- Jika saya beli rumah LPPSA subsale dari penjawat awam lain, boleh ubahsuai guna LPPSA?

Tidak boleh. Rumah tersebut tidak dianggap dibeli melalui LPPSA oleh anda sendiri. Hanya rumah yang anda sendiri beli melalui loan LPPSA yang layak untuk pinjaman ubahsuai.

Mengenai HP Setia Construction Sdn. Bhd

- Dimanakah lokasi pejabat Syarikat HP Setia Construction Sdn. Bhd.?

Pihak kami beralamat di  No.60-1, Jalan MPK 3, Medan Perdagangan Kepayang, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

- Adakah Syarikat HP Setia Construction Sdn. Bhd. berdaftar dengan CIDB Malaysia?

Ya, kami kontraktor binaan rumah bertaraf G3 dan berdaftar dengan CIDB Malaysia. CIDB Reg. No: 0120141007-NS159118

Anda boleh membuat semakan di https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/reglocalsearchcontractor.vbhtml.

- Perkhidmatan apakah yang disediakan oleh Syarikat HP Setia Construction Sdn. Bhd.?

Pihak kami menyediakan perkhidmatan ubahsuai rumah & membina rumah pelanggan diatas tanah sendiri guna Loan LPPSA. Kami akan menguruskan process dari A-Z sehingga rumah siap termasuk lukis pelan besar, submit kelulusan ke majlis , prepare dokumen submit loan ke lppsa, urusan di pejabat tanah dan juga lawyer.

- Adakah terdapat jaminan kualiti kerja?

ya, anda akan mendapat jaminan kualiti kerja selama 6 bulan (180 days) dari tarikh serah kunci.

- Perlu tak saya cari pelukis pelan sendiri untuk pelan ubahsuai?

Jika anda bekerja dengan syarikat renovasi yang lengkap seperti kami, kami boleh uruskan penyediaan pelan arkitek dan permohonan ke PBT untuk kelulusan – anda tidak perlu cari sendiri.

- Kalau saya guna khidmat syarikat renovasi, boleh tak kami bantu buat permohonan LPPSA?

Ya, kami boleh bantu anda sediakan dokumen lengkap untuk permohonan LPPSA, termasuk sebutharga rasmi, pelan PBT, dan gambar. Anda cuma perlu buat permohonan online.

- Renovasi macam mana yang paling mudah lulus LPPSA?

Biasanya kerja-kerja seperti penambahan bilik, bina dapur, atau pembaikan struktur lebih mudah lulus berbanding kerja yang tidak penting seperti dekorasi dalaman. Kami akan bantu anda susun skop supaya selaras dengan syarat LPPSA.

- Saya tak tahu bajet – boleh syarikat bantu buat anggaran & kira kelayakan?

Ya, kami boleh bantu buat anggaran kos ubahsuai dan semakan kelayakan awal berdasarkan slip gaji anda. Hubungi kami untuk semakan percuma!

- Apa kelebihan guna syarikat seperti HP Setia berbanding kontraktor biasa?

Kami bukan sahaja buat kerja renovasi, & bina rumah tapi juga uruskan semua dokumen, pelan, dan proses LPPSA. Ini memudahkan pelanggan dan elak permohonan ditolak.

- Boleh ke saya datang ke pejabat untuk bincang terus?

Boleh. Kami galakkan perbincangan terus supaya kami boleh faham keperluan anda dan beri cadangan terbaik. Hubungi 012-336 8939 untuk buat temujanji.

- HP Setia ada pengalaman buat projek LPPSA sebelum ini?

Ya, kami ada banyak pengalaman bantu pelanggan ubahsuai rumah menggunakan loan LPPSA — termasuk di kawasan perumahan kerajaan, rumah kos sederhana, dan banglo.

- Kalau saya tak tahu nak renovate macam mana, boleh HP Setia bagi cadangan?

Boleh. Kami akan datang buat lawatan tapak (site visit) dan beri idea ubahsuai ikut bajet serta syarat LPPSA. SECARA PERCUMA

Ibu Pejabat

60-1, Jalan MPK 3, Medan Perdagangan Kepayang, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel: 012-3368939 / 06-6333188 Fax: 06-6339188

info@hpsetia.com.my

Kedah Branch

No 6, Tingkat 1, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Negeri Kedah.

Tel: 04-4483687 / 04-4483688 Fax: 04-4483686

info@hpsetia.com.my

Dibawah ini adalah blog yang dihasilkan bagi pembacaan tips tips dari HP SETIA Construction. Supaya anda dapat ilmu dari penyediaan kami yang berpanjangan.