Jika anda seorang penjawat awam yang bercadang untuk mengubah suai kediaman sedia ada, anda beruntung kerana boleh memanfaatkan kemudahan pinjaman ubah suai yang ditawarkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Walau bagaimanapun, sebelum anda melantik kontraktor atau menyediakan pelan kerja ubah suai, anda perlu memahami terlebih dahulu bahawa tidak semua jenis ubah suai layak untuk dibiayai oleh LPPSA.
Artikel ini akan menghuraikan dengan jelas jenis-jenis ubah suai yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan di bawah pembiayaan LPPSA, agar permohonan anda dapat disediakan dengan lebih teratur, lengkap, dan berpeluang tinggi untuk diluluskan.
✅ JENIS UBAHSUAI YANG DILULUSKAN LPPSA
Secara amnya, LPPSA hanya meluluskan kerja ubahsuai yang:
-
Melibatkan struktur utama rumah,
-
Menambah ruang atau kawasan binaan,
-
Mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT),
-
Dan meningkatkan nilai hartanah.
Antara contoh kerja ubahsuai yang DILULUSKAN:
1. Menambah Ruang atau Binaan Tambahan
-
Tambah bilik tidur
-
Tambah ruang tamu belakang rumah
-
Bina dapur basah
-
Tambah tingkat (jika ada kelulusan PBT)
2. Pagar & Garaj
-
Bina pagar batu konkrit
-
Bina garaj berbumbung yang kekal (bukan kanopi sementara)
3. Balkoni atau Beranda Tambahan
-
Membina anjung depan rumah atau beranda di tingkat atas
4. Mengubahsuai Bumbung atau Siling
-
Tukar bumbung lama kepada jenis baru (bumbung kekal)
-
Ubahsuai struktur bumbung, contohnya menambah tinggi siling
5. Renovasi Keseluruhan Struktur Rumah Kosong
-
Untuk rumah baru siap, boleh buat ubahsuai menyeluruh selagi ia melibatkan binaan kekal dan dapat kelulusan PBT
Nota penting: Semua ubahsuai mesti dapat pelan kelulusan dari Majlis Perbandaran (PBT).
❌ JENIS UBAHSUAI YANG TIDAK DILULUSKAN LPPSA
LPPSA tidak meluluskan kerja ubahsuai yang bersifat kosmetik atau tidak kekal, termasuk:
1. Kerja Dalaman Tanpa Ubah Struktur
-
Pasang kabinet dapur
-
Pasang plaster ceiling
-
Tukar tiles atau lantai laminate
-
Cat rumah
2. Kerja Perabot dan Dekorasi
-
Beli set sofa, meja makan
-
Pasang wallpaper atau langsir
-
Renovasi yang hanya melibatkan kemasan dalaman
3. Kerja Tidak Tetap / Sementara
-
Kanopi lipat / berbumbung zink ringan tanpa struktur konkrit
-
Gazebo kayu
-
Kolam plastik / kolam simen kecil yang tidak berkaitan dengan struktur asal
4. Kerja Tanpa Kelulusan PBT
-
Walaupun binaan kekal, jika tiada kelulusan pelan bangunan, LPPSA boleh tolak permohonan
📌 Apa Yang Anda Perlu Sediakan?
Sebelum mohon, pastikan anda:
- Lantik kontraktor berdaftar
- Sediakan pelan ubahsuai dan luluskan dengan PBT
- Dapatkan sebut harga lengkap (quotation)
- Pastikan rumah anda atas nama sendiri dan tiada sebarang isu hak milik
💡 Tip Berguna
-
Kalau nak buat kerja kecil seperti tukar tiles atau kabinet dapur, lebih baik guna personal loan, bukan LPPSA.
-
Anda boleh mohon pinjaman ubahsuai selepas rumah siap dibeli (bukan serentak dengan loan beli rumah).
-
LPPSA hanya lulus pinjaman berdasarkan nilai rumah semasa, jadi tak semua amaun akan dapat penuh.
Kesimpulan
LPPSA ialah satu kemudahan terbaik untuk ubahsuai rumah — jimat faedah, tempoh panjang, dan lebih fleksibel. Tapi anda mesti pastikan ubahsuai yang nak dibuat memang dibenarkan dan ikut prosedur. Buat dengan betul, barulah mudah lulus!
Kalau anda ada plan nak renovate, pastikan bincang dulu dengan kontraktor yang faham proses LPPSA, supaya tak buang masa atau duit.
—————————————————–
Sekiranya anda bercadang untuk memohon pinjaman ubah suai rumah melalui LPPSA, dan memerlukan bantuan dalam menyediakan pelan, sebut harga, serta dokumen lengkap untuk permohonan, kami sedia membantu. Sebagai kontraktor berdaftar yang berpengalaman dalam pengurusan projek ubah suai di bawah LPPSA, kami bukan sahaja melaksanakan kerja ubah suai — malah turut menguruskan keseluruhan proses permohonan bagi pihak anda. Hubungi kami hari ini untuk sesi konsultasi percuma dan dapatkan penilaian awal tanpa sebarang komitmen
📞 Hubungi Kami:
📍 WhatsApp: 012-336 2939
📧 Emel: info@hpsetia.com.my
🌐 Laman Web: www.hpsetia.com.my