Untuk maklumat lanjut sila call kami : 012-336 8939 / 06-633 3188

Proses Permohonan Loan LPPSA Ubahsuai Rumah 

Sebelum memohon loan LPPSA untuk ubahsuai rumah, pemohon perlu memastikan rumah tersebut memenuhi syarat yang ditetapkan, mempunyai baki kelayakan yang mencukupi dan menyediakan dokumen berkaitan. Secara umum, proses permohonan melibatkan semakan awal, lawatan tapak, penyediaan pelan, kelulusan PBT, penilaian JPPH dan penghantaran dokumen kepada LPPSA. HP Setia membantu mengurus setiap peringkat secara A-Z sehingga kerja ubahsuai siap.

Setiap permohonan mungkin berbeza mengikut status rumah, baki kelayakan, skop kerja dan dokumen pemohon. Secara umum, prosesnya adalah seperti berikut:

01 — Semakan Kelayakan Awal

Maklumat asas seperti status rumah, pendapatan, baki kelayakan dan keperluan pemohon akan disemak terlebih dahulu.

02 — Konsultasi Keperluan Ubahsuai

Kami akan memahami ruang yang ingin ditambah, masalah rumah sedia ada serta keperluan keluarga pemohon.

03 — Lawatan dan Ukuran Tapak

Pasukan kami akan membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan tapak dan mengambil ukuran yang diperlukan.

04 — Cadangan Skop dan Anggaran Kos

Skop kerja ubahsuai akan disusun berdasarkan keadaan rumah, keperluan pemohon, bajet dan garis panduan berkaitan.

05 — Penyediaan Pelan dan Kelulusan PBT

Pelan ubahsuai disediakan dan dikemukakan kepada PBT atau Pejabat Daerah untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan.

06 — Penyediaan Dokumen Permohonan

Dokumen seperti perjanjian ubahsuai, Borang, pelan yang diluluskan, quotation rasmi dan dokumen sokongan akan disediakan.

07 — Penilaian JPPH dan Permohonan LPPSA

Dokumen berkaitan penilaian akan dikemukakan sebelum permohonan lengkap dihantar untuk semakan dan keputusan LPPSA.

08 — Kelulusan, Kerja Ubahsuai dan Serahan

Selepas kelulusan diperoleh, kerja ubahsuai akan dimulakan mengikut skop dan pelan yang diluluskan sehingga projek siap.

    Tidak pasti anda layak atau tidak? Kami bantu buat semakan awal secara percuma..

    HP SETIA CONSTRUCTION SDN. BHD  201401010516 (1086595-P )

    Ibu Pejabat

    No.60-1, Jalan MPK 3, Medan Perdagangan Kepayang, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

    012-3368939

    06-6333188

    info@hpsetia.com.my

    CIDB Reg. No: 0120141007-NS159118 (G3)

    Dibawah ini adalah blog yang dihasilkan bagi pembacaan tips tips dari HP SETIA Construction. Supaya anda dapat ilmu dari penyediaan kami yang berpanjangan.

    Kerja Tambahan Masa Renovation: Kenapa Harga Boleh Bertambah Walaupun Sudah Ada Quotation?

    Contoh mudah:Quotation asal hanya meliputi skop kerja yang telah dipersetujui. Jika selepas...

    Hakmilik Rumah Untuk LPPSA Ubahsuai Rumah

    Sebelum memohon loan LPPSA untuk ubahsuai rumah, status hakmilik rumah perlu diperiksa terlebih...

    Kenapa JPPH Terlibat Dalam LPPSA Ubahsuai Rumah?

    Bagi permohonan LPPSA Jenis 7 untuk ubahsuai rumah, laporan penilaian daripada Jabatan Penilaian...

    Perjanjian Ubahsuai Rumah LPPSA: Maklumat Apa Yang Perlu Ada?

    Untuk permohonan loan LPPSA ubahsuai rumah, quotation dan Perjanjian Ubahsuai Rumah bukan dokumen...

    Dokumen & Proses Loan LPPSA Ubahsuai Rumah: Apa Perlu Sediakan?

    Nak guna loan LPPSA untuk ubahsuai rumah? Jangan terus isi permohonan dahulu. Untuk renovation...

    Retak Pada Dinding Rumah: Bila Ia Normal Dan Bila Perlu Risau

    Retak pada dinding rumah tidak semestinya bermaksud struktur rumah bermasalah. Sesetengah hairline...
    error: Content is protected !!