Untuk maklumat lanjut sila call kami : 012-336 8939 / 06-633 3188

Apa itu Loan LPPSA?

LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang menyediakan kemudahan pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan yang layak.

Melalui LPPSA, kakitangan kerajaan boleh memohon loan untuk membeli rumah, membina rumah di atas tanah sendiri serta membiayai kerja ubahsuai rumah melalui Jenis Pembiayaan 7, tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh LPPSA.

Antara kelebihan Loan LPPSA ialah kadar faedah tetap 4% setahun serta pelbagai jenis pembiayaan yang disediakan bagi memenuhi keperluan perumahan kakitangan kerajaan.

💡 Tahukah Anda?

Ramai kakitangan kerajaan masih menyebut “Loan BPP” atau “Pinjaman BPP” apabila bercakap mengenai pinjaman perumahan kerajaan.

Sebenarnya, sebelum LPPSA ditubuhkan pada 1 Januari 2016, kemudahan ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Mulai tahun 2016, fungsi pengurusan pinjaman perumahan kerajaan telah dipindahkan kepada LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Oleh itu, semua permohonan dan urusan pembiayaan perumahan kerajaan kini diuruskan oleh LPPSA.

Mengapa HP Setia Memfokuskan Loan LPPSA Ubahsuai?

Loan LPPSA Ubahsuai bukan sekadar melibatkan kerja ubahsuai rumah. Proses ini turut memerlukan pemahaman mengenai syarat kelayakan, dokumentasi, pelan bangunan serta prosedur permohonan yang ditetapkan oleh LPPSA.

Atas pengalaman hampir 15 tahun dalam industri pembinaan dan ubahsuai rumah, HP Setia memberi tumpuan khusus kepada pengurusan Loan LPPSA Ubahsuai bagi membantu kakitangan kerajaan menguruskan proses permohonan dengan lebih mudah dan teratur.

Hari ini, HP Setia dikenali sebagai Pakar Loan LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Kakitangan Kerajaan, membantu kakitangan kerajaan menguruskan proses permohonan serta kerja ubahsuai rumah dengan lebih mudah dan teratur.

Masih tidak pasti sama ada anda layak memohon Loan LPPSA Ubahsuai?

HP SETIA CONSTRUCTION SDN. BHD  201401010516 (1086595-P )

Ibu Pejabat

No.60-1, Jalan MPK 3, Medan Perdagangan Kepayang, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

012-3368939

06-6333188

info@hpsetia.com.my

CIDB Reg. No: 0120141007-NS159118 (G3)

Dibawah ini adalah blog yang dihasilkan bagi pembacaan tips tips dari HP SETIA Construction. Supaya anda dapat ilmu dari penyediaan kami yang berpanjangan.

Kerja Tambahan Masa Renovation: Kenapa Harga Boleh Bertambah Walaupun Sudah Ada Quotation?

Contoh mudah:Quotation asal hanya meliputi skop kerja yang telah dipersetujui. Jika selepas...

Hakmilik Rumah Untuk LPPSA Ubahsuai Rumah

Sebelum memohon loan LPPSA untuk ubahsuai rumah, status hakmilik rumah perlu diperiksa terlebih...

Kenapa JPPH Terlibat Dalam LPPSA Ubahsuai Rumah?

Bagi permohonan LPPSA Jenis 7 untuk ubahsuai rumah, laporan penilaian daripada Jabatan Penilaian...

Perjanjian Ubahsuai Rumah LPPSA: Maklumat Apa Yang Perlu Ada?

Untuk permohonan loan LPPSA ubahsuai rumah, quotation dan Perjanjian Ubahsuai Rumah bukan dokumen...

Dokumen & Proses Loan LPPSA Ubahsuai Rumah: Apa Perlu Sediakan?

Nak guna loan LPPSA untuk ubahsuai rumah? Jangan terus isi permohonan dahulu. Untuk renovation...

Retak Pada Dinding Rumah: Bila Ia Normal Dan Bila Perlu Risau

Retak pada dinding rumah tidak semestinya bermaksud struktur rumah bermasalah. Sesetengah hairline...
error: Content is protected !!