Mengetahui senarai ini lebih awal dapat membantu pemohon merancang kerja ubah suai dengan lebih jelas serta mengelakkan kekeliruan semasa menyediakan permohonan pembiayaan LPPSA. Artikel ini disediakan berdasarkan Garis Panduan LPPSA dan bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami senarai kerja ubah suai yang dinyatakan tanpa mengubah maksud asal garis panduan tersebut.
📖 Rujukan Rasmi
Maklumat dalam artikel ini dirujuk daripada dokumen rasmi LPPSA.
1️⃣ Aksesori dan Peralatan Yang Tidak Dibenarkan
Mengikut Garis Panduan LPPSA, beberapa aksesori dan peralatan disenaraikan sebagai kerja ubahsuai yang tidak dibenarkan.
Antaranya ialah:
-
- Alat pendingin hawa termasuk bekas atau alas alat pendingin hawa (tray aircond)
- Pemancar penyiaran dan peralatan berkaitan
- Tangki air berasingan
- Peralatan elektrik / alat penyedut asap / habuk
- Solar dan turbine
- Dapur gas
- Perhiasan rumah
- Perabot rumah mudah alih
- Perabot jenis built-in
- Menukar siling, cornice dan dome
- Menambahkan lampu
- Alatan telekomunikasi dan teknologi
- Awning
- Menukar permukaan lantai yang sedia ada
📝 Bagi Anjung Kereta dan Pagar
Garis Panduan LPPSA menyatakan pengecualian seperti berikut:
-
- Anjung kereta, kecuali ia dibuat bersama penambahan keluasan bangunan.
- Pagar, kecuali dibuat bersama penambahan keluasan bangunan.
2️⃣ Laman dan Landskap Yang Tidak Dibenarkan
Selain aksesori dan peralatan, Garis Panduan LPPSA turut menyenaraikan beberapa kerja berkaitan laman dan landskap.
Antaranya ialah:
-
- Kolam renang
- Kolam ikan
- Gazebo / Pergola
- Rumput
- Parkir berasingan
-

📌 Kesimpulan
Sebelum merancang kerja ubah suai rumah menggunakan loan LPPSA, pemohon disarankan supaya merujuk kepada Garis Panduan LPPSA bagi memahami skop kerja yang disenaraikan. Dengan membuat semakan lebih awal, proses perancangan renovasi rumah dapat dilakukan dengan lebih teratur dan mengurangkan kekeliruan semasa menyediakan permohonan loan LPPSA.
Penafian: Artikel ini disediakan sebagai ringkasan berdasarkan Garis Panduan LPPSA. Sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan pada masa hadapan, Garis Panduan LPPSA yang terkini hendaklah dijadikan rujukan utama.
📖 Rujukan Rasmi
Maklumat dalam artikel ini dirujuk daripada dokumen rasmi LPPSA.
📍 Perkhidmatan HP SETIA CONSTRUCTION meliputi pelanggan yang ingin renovation rumah, ubah suai rumah dan extension rumah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan Negeri Sembilan. Ini termasuk kawasan Rawang, Bukit Beruntung, Gombak, Selayang, Klang, Shah Alam, Puchong, Sungai Buloh, Kuala Selangor, Telok Panglima Garang, Subang Jaya, USJ, Seri Kembangan, Bangi, Cheras, Ampang, Kajang, Wangsa Maju, Batu Caves, Hulu Langat, Batang Kali, Semenyih, Banting, Seremban, Senawang, Port Dickson, Lukut, Sendayan, Kuala Pilah, Rembau, Pedas, Linggi, Mantin, Lenggeng, Gemas, Nilai, Batu Kikir, Bahau, Jempol, Ampangan, Labu dan lain-lain.
——————————————–
📞 Hubungi Kami:
📍 WhatsApp: 012-336 8939
📧 Emel: info@hpsetia.com.my
🌐 Laman Web: www.hpsetia.com.my
