Kos ubah suai rumah bergantung 3 perkara asas seperti berikut:

Perkara pertama yang anda perlu teliti adalah…
Bahan yang digunakan pemilihan bahan yang digunakan mempengaruhi kos keseluruhan ubah suai rumah. Ia bergantung pada bahan yang berharga samada murah, sederhana dan juga mahal ataupun mewah. Terpulang kepada pemilik inginkan bahan yang bagaimana.
Untuk menjimatkan kos,penggunaan lantai jubin sudah memadai. Namun untuk kemasan yang lebin cantik dan selesa mungkin boleh memilih lantai kayu yang agak mahal dan tahan lama.
Kesimpulannya, bahan binaan dan bahan kemasan banyak memainkan peranan dalam menentukan kos pembinaan.

Keduanya adalah sesuatu yang sangat penting juga adalah…
Rekabentuk yang dipilih. Kebiasaanya ubahsuai rumah melibatkan lantai, dinding dan bumbung. Namun jika inginkan untuk rekabentuk yang unik seperti bukaan pada ruang tertentu, dinding berlubang hiasan, lantai bertingkat, ini sudas pasti nya melibatkan kos ubah suai rumah yang agak tinggi.
Ini kerana ianya akan direka mengikut kehendak dan citarasa pelanggan dan tahap kesukaran yang memerlukan kos tinggi. kos ubahsuai akan meningkat mengikut tahap kesukarannya.

ini adalah perkara ketiga yang sememangnya ramai orang tak ambil berat adalah
JENIS UBAHSUAI RUMAH YANG MENDAPAT PEMINTAAN TINGGI
ubah suai rumah yang ditawarkan di pasaran dan manakah yang paling popular? ubah suairumah adalah mengikut keperluan pemilik. Kontraktor akan hasilkan mengkut citarasa pelanggan. Terdapat beberapa kategori ubahsuai yang sering dilakukan oleh masyarakat kita terhadap rumah yang dibeli :
a) ubahsuai luaskan dapur
b) ubahsuai anjung kereta untuk jadikan ruang tamu lebih luas
c) ubahsuai balkoni atas menjadi bilik
e) ubahsuai laman belakang sebagai tempat laundry
f) ubahsuai landskap depan rumah jadi jubin lantai
g) pemecahan bilik bagi meluaskan ruang tamu
. Namun dinasihatkan sebarang aktiviti ubahsuai ini mendapat kelulusan majis dan menggunakan khidmat pakar bagi mengelakkan risiko bahaya.
Nak ilmu lagi berkaitan ubah suai rumah anda boleh klik list dibawah ini ya. Hp Setia sentiasa berikan yang terbaik untuk anda
- 3 TIPS UBAH SUAI RUMAH yang praktikal.
- JENIS UBAHSUAI RUMAH YANG MENDAPAT PEMINTAAN TINGGI
- KETAHUI 3 PERKARA ASAS YANG MEMPENGARUHI KOS UBAH SUAI RUMAH ANDA.
- ANDA MAHU UBAH SUAI RUMAH? NI LANGKAH PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA ELAK DUIT HANGUS
- ANDA KAKITANGAN KERAJAAN MENCARI SKIM PERUMAHAN? KAMI BANTU SENARAIKAN SKIM YANG ANDA BOLEH CUBA