Tips 1 : Lupuskan barang-barang yang tidak digunakan

Kebanyakan kita masih menyimpan barang-barang yang lama yang tidak lagi digunakan kerana masih terasa sayang. Lupuskan, yang mana masih elok boleh jual di ‘car boot sale’atau buat ‘prelove’. Kemudian, hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot baru yang sesuai dengan tema rumah kita nanti.

Tips 2 : Kemasan dinding

Trend terkini ialah penggunaan warna-warna yang minimal, wallpaper ataupun wainscoting. Pemilihan warna sebaiknya dua warna dan maksimum tiga warna sahaja. ‘Less is More’. Penggunaan warna natural, seperti warna putih menjadikan ruang kecil nampak luas. Tentukan kemasan dinding yang diidamkan sebelum memasukkan perabot rumah.

Tips 3 : Hiasan Lampu

Pengunaan lampu yang bersesuai mampu memberi kesan cantik yang maksimum pada satu-satu ruang. Terdapat  pelbagai lampu yang downlight, track-light mahupun pendant light.Buka lampu kalimantang dan tukarkan dengan lampu beridentiti.

Sekiranya pencahayaan semulajadi rumah kita terhad, tingkatkan penggunaan lampu utama di ruang tamu. Pelbagaikan lampu di ruang rumah yang berlainan kerana lampu dapat membantu  menghidupkan suasana ceria, membangkitkan mod dan memberi suasana tenang di dalam rumah.

Sekiranya nak bertanyakan perihal ubahsuai rumah LPPSA direct dengan
hpsetia.com.my

× WhatsApp