
1. Tahu syarat-syarat ubah suai di lokasi.
Ubahsuai rumah samada untuk melakukan penambahan atau perubahan struktur asal rumah perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasan tempatan (PBT).Ini bertujuan untuk memastikan Ubahsuai ini tidak menaikkan harga pasaran rumah tersebut dan tidak didenda oleh Pihak Berkuasa.

2. Upah mereka yang bertauliah.
Kontraktor yang bertauliah adalah faktor penting yang akan mempengaruhi hasil kerja ubahsuai rumah. Kontraktor yang bertauliah akan mengkaji terlebih dahulu faktor sekeliling dan kesesuaian ubahsuai. Kontraktor yang professional dan bertauliah akan memastikan keselamatan dan kualiti hasil ubahssuai. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dan risiko akibat pembinaan yang dibuat tidak mengikut undang-undang.

3. Buat carian gambar-gambar ruang dan kediaman yang disukai Dapatkan idea rekabentuk rumah melalui pembacaan baca majalah kediaman. Selain itu, rajin melawat rumah contoh pemaju dan contoh-contoh rumah orang lain
Pilih bahan, rekabentuk, dan warna yang sesuai untuk setiap ruang bagi keselesaan menggunakannya dan menjalankan aktiviti padanya. Kenalpasti kapasiti penggunaan ruang sebaiknya dan aktiviti yang akan dilakukan Senaraikan kebaikkan dan keburukan menambah atau menutup ruang tersebut
Semua tips ini adalah satu pengalaman kami di HP SETIA menjaga pelanggan kami. Moga kalian yang membacanya dapat faedah yang menarik.
baca lagi artikel artikel menarik dari kami untuk ilmu ubah suai rumah.
- 3 TIPS UBAH SUAI RUMAH yang praktikal.
- JENIS UBAHSUAI RUMAH YANG MENDAPAT PEMINTAAN TINGGI
- KETAHUI 3 PERKARA ASAS YANG MEMPENGARUHI KOS UBAH SUAI RUMAH ANDA.
- ANDA MAHU UBAH SUAI RUMAH? NI LANGKAH PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA ELAK DUIT HANGUS
- ANDA KAKITANGAN KERAJAAN MENCARI SKIM PERUMAHAN? KAMI BANTU SENARAIKAN SKIM YANG ANDA BOLEH CUBA