Ni sedikit perkongsian kesilapan yang kerap terjadi bile nak renovate rumah. Takde siapa yang rela tengok duit hagus, rumah idaman entah ke mana kan.

Beberapa beberapa perkara penting, perlu diambil kira sebelum  memilih kontraktor yang sesuai untuk renovasi rumah korang.

1) recommended kontraktor

Boleh dapatkan  kontraktor berdasarkan recommendation rakan atau ahli keluarga tapi dalam masa yang sama buat survey dan dapatkan maklumat, track record, pengalaman serta mutu kerja kontraktor-kontraktor tersebut

Dapatkan sebut harga dan cadangan pelan renovasi, serta spesifikasi untuk kerja-kerja renovasi  tapi yang penting adalah, sebut harga yang diberikan adalah berpadanan dengan  kualiti kerja yang akan dilakukan. Jangan pilih hanya kerana ianya murah semata-mata.

2) kontrak perlindungan

Tidak membuat kontrak perlindungan adalah satu risiko yang tinggi. Setelah pilih kontraktor, sediakan satu Kontrak Renovasi Rumah yang mengandungi terma dan syarat kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor tersebut.

Adalah lebih baik jika kita lantik seorang peguam hartanah yang berpengalaman untuk sediakan Kontrak Renovasi Rumah korang. 

3) Elak bayar secara lump sum kepada kontraktor

Elakkan bayar kesemua harga kontrak sekali gus kepada kontraktor.Sebaik-baiknya, bayarlah mengikut progres kerja. Apabila kerja telah siap dan mematuhi segala pelan dan spesifikasi barulah korang jelaskan bayaran tersebut. Ini bagi memastikan Yang paling penting, dapatkan resit sebagai bukti bukti penerimaan bayaran  telah dijelaskan.


sekiranya artikel ini membantu anda dalam urusan renovate rumah anda silakan share ya.

hpsetia.com.my

× WhatsApp